Mohd Nazri Rusli

Mohd Nazri Rusli Mohd Nazri Rusli Mohd Nazri Rusli Mohd Nazri Rusli Mohd Nazri Rusli Mohd Nazri Rusli Mohd Nazri Rusli Mohd Nazri Rusli Mohd Nazri Rusli Mohd Nazri Rusli

Mula meminati seni visual sejak sekolah dan menyertai program fotografi secara sepenuh masa di School of Art and Design (ITM) pada tahun 1995 kini dikenali sebagai Faculty of Art and Design (UiTM). Selepas itu mendapat tawaran biasiswa dari JPA / Monbukagakusho atau MEXT bagi melanjutkan pengajian Professional Vocational Advance Diploma di Tokyo Visual Art School di Jepun pada April 1997 dalam pengkhususan “Fashion & Portrait Photography” disamping itu juga memperolehi Diploma in Japanese Language di Bungka Gakuen University, Shinjuku, Tokyo, Japan, dan Sijil kemahiran Japanese Language Proficiency di Tokyo University Japan.

Pernah menjadi pelajar kepada Izumi Sensei iaitu Assistant Photographer kepada Richard Avadon. Richard Avadon is one of the Most Iconic American Fashion and Portrait Photographer in New York semasa di peringkat pengajian di Tokyo Visual Art School. Pada masa yang sama juga telah mendapat tunjuk ajar dari Moriyama Daido iaitu Most Well-Known Street Photographer in Japan dan juga menjadi pelajar kepada Keizo Motoda yang juga Street Photographer terkenal yang merakamkan foto-foto watak Gangster dan kehidupan gelap di sekitar Tokyo dan beliau pernah membawa Keizo Motoda ke Malaysia pada tahun 1999 untuk merakamkan foto-foto sekitar Kuala Lumpur dan Taman Negara Pahang. Sedikit pengalaman menjadi Assistant Photographer beberapa ketika semasa dalam peringkat pengajian di Jepun bersama Leslie Kee Singaporean Photographer most famous Japan and Hong Kong fashion and magazine photographer (Hong Kong City Magazine, Vogue Taiwan), cover shoot featuring Asia no.1 actor Takeshi Kaneshiro. Leslie Kee, Keizo Motoda, Mohd Nazri Rusli, Mahathir Ramli Kamaruddin dan Bustamam Mokhtar adalah alumni di Tokyo Visual Art School Japan.

Selepas itu melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda di Open University Malaysia (OUM) dalam bidang Multimedia Communication pada tahun 2007, dan juga mendapat tawaran biasiswa daripada Yayasan Telekom Malaysia (YTM) untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana (Master of Art) Master in Visual Communication & New Media di Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2020.

Berpengelaman lebih dari 22 tahun dalam fotografi pelbagai genre dan pernah bertugas sebagai Assistant Photographer (2000) bersama Bustamam Mokhtar di White Studio KL. Bertugas sebagai Freelance Photographer (2003-2008) di Manggis Production kini dikenali ManggisTV. Bertugas sebagai Main Photographer (2000-2001) di Zen Digital Imaging (ZDI) melaksanakan tugasan dalam pelbagai genre seperti Corporate Photography, Annual Report Photography, Commercial Photography, Art Photography dan Aerial Photography. Bertugas sebagai Visual Researcher (2008-2013) untuk Digital Capture Research Team (DIGICAP) di Faculty of Creative Multimedia, Multimedia University Cyberjaya. Dan banyak lagi sebagai Freelancer sehingga kini.

PAMERAN

  1. Artwork title: Ecosphere a Multi-Screen Photography Projection of High Dynamic Range (HDR) Images – Digicap, E-gallery, Faculty of Creative Multimedia, Multimedia University, Malaysia. December 2010.
  2. Artwork title: The Gaze. Research Creation Exhibition II. (Nazri Rusli, Radzi Bedu, Sahar Fahzan) E-gallery Faculty of Creative Multimedia, Multimedia University, Malaysia. December 2009.
  3. Artwork title: My Journey. Photography in black and white, Research Creation Exhibition I, E-gallery Faculty of Creative Multimedia, Multimedia University, Malaysia. December 2007.
  4. World Photo fest 2004.Five Photography Artworks Selected. Tourism Malaysia, Kuala Lumpur, Tourist Information Centre (MATTIC). August 2004.
  5. Artwork title: End of 90’s. Tokyo Visual Art School selected work. Fuji Photo Salon. Ginza, Tokyo JAPAN. December 2000.

PENERBITAN

  1. Coffee Table Book for Putrajaya. Published by Perbadanan Putrajaya (2003).
  2. Research Creation I, Faculty of Creative Multimedia, Multimedia University, Cyberjaya. (2007)
  3. Research Creation II, (Proscenium of Art, Humanities and Technology) Faculty of Creative Multimedia, Multimedia University, Cyberjaya. (2009).

Pada ketika ini, beliau lebih selesa menggunakan smartphone sebagai tool dalam merakam visual untuk berkarya kerana ianya sentiasa ditangan, lebih pantas dan sangat ringkas. Istilah menggunakan “apa yang ada” dan “termampu” dalam merakam visual adalah perkara yang jangan dianggap sebagai penghalang dalam berkarya seseorang itu, kerana visual itu perlu dirakamkan sebelum ianya hilang dalam pandangan.

“Not every visual needs to be recorded in a dslr, don’t stop believing, anything is possible. don’t miss those important moments”
Nazuri Yamada 2019

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.