Mohamad Asyraaf

Mohamad Asyraaf Mohamad Asyraaf Mohamad Asyraaf Mohamad Asyraaf Mohamad Asyraaf Mohamad Asyraaf Mohamad Asyraaf Mohamad Asyraaf Mohamad Asyraaf Mohamad Asyraaf Mohamad Asyraaf

Meminati dan terlibat dengan sukan terutamanya bola sepak sejak kecil.
Dalam masa yang sama meminati hasil kerja foto-foto dan penulisan sukan ketika membaca akhbar mencetuskan rasa jatuh cinta kepada dua-dua bidang ini.
Saya terlebih dahulu memasuki dunia media massa dan media eletronik ini sebagai penulis sebelum mendapat peluang untuk bergelar jurufoto.
Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2011, secara rasmi bergelar ‘orang media’ secara separuh masa bersama majalah Dunia Sukan selama 3 tahun sebagai stringer sebelum bertukar angin ke media alternatif Gawang.my sejak 2015 sehingga sekarang.
Saya juga pernah dan masih berkhidmat kepada beberapa agensi seperti akhbar Sinar Harian, media Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), media Persatuan Bolasepak Melayu Kedah (PBMK), media Kesatuan Ragbi Kedah (KRU) dan Arena Hijau Kuning (AHK) serta Arena Futsal Malaysia (AFM).
Antara pengalaman tertinggi yang pernah dirasai serta sukar dilupai adalah diberi peluang untuk membuat liputan perlawanan akhir kejohanan bola sepak tertua di Asia iaitu Piala Malaysia serta Asian Champions League (ACL).
Masih berstatus sebagai jurufoto / freelance secara separuh masa terutamanya di sekitar negeri Kedah.

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.