Ahmad Safir












Ahmad Safir meminati dunia fotografi sejak bangku sekolah lagi dan hanya secara aktif melibatkan diri sejak 10 tahun yang dahulu. Beliau telah mencuba pelbagai genre fotografi tetapi beliau amat meminati genre kembara dan dokumentari.
Walaupun beliau menjadikan fotografi sebagai hobi tetapi beliau telah menjalankan beberapa aktiviti fotografi seperti bengkel-bengkel fotografi dan penerbitan buku fotografi. Beliau adalah pemilik laman fotografi media berbahasa Melayu yang pertama di Malaysia; Jurugambar.com sejak tahun 2018. Laman ini adalah sebuah portal berita fotografi tempatan dan juga antarabangsa. Dan dalam tahun 2021, beliau mewujudkan sebuah laman direktori senarai jurugambar-jurugambar, studio fotografi & syarikat perniagaan peralatan fotografi, yang diberi nama; Direktori.Jurugambar.com.