Marvin Buhian Mamerto
Kerjaya: Hobi
Jantina: Lelaki
Pengalaman Fotografi: 8 tahun
FOTO JALANAN MALAYSIA atau mudah dikenali sebagai FJM adalah sebuah komuniti jurugambar yang ditubuhkan dalam tahun 2010. Tujuan utama ianya ditubuhkan adalah untuk berkongsi hobi dan juga idea di kalangan peminat fotografi jalanan kerana pada waktu tersebut maklumat dan informasi mengenai fotografi jalanan (street photography) amat kurang didapati di Malaysia untuk dijadikan sebagai rujukan.
FJM menggunakan platform sosial media Facebook sebagai tempat berkongsi ilmu, sehingga tahun 2021, mempunyai lebih dari 24,100 ahli. FJM juga amat aktif menyertai dan mengadakan pameran dan aktiviti fotografi sepanjang penubuhan komuniti ini.